Loading...
Loading...
Booster Baja Roti - Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi satu lagi jenis baja cecair yang boleh dibuat sendiri di rumah. Baja booster untuk segala tanaman dari sayuran, herba, buah-buahan dan bunga-bungaan. Bahan-bahan asas pun mudah diperolehi dari dapur anda.
Booster Baja Roti |
Banyak jenis baja booster yang boleh diperolehi di pasaran sama ada dalam botol kecil atau dalam gelen bersaiz besar di mana berfungsi untuk menambah kesuburan dan kualiti tanaman anda. Selain menggunakan baja jenis felet atau bebola kecil kita juga boleh mempelbagaikan penggunaan baja untuk keputusan yang maksimum, contohnya baja booster buatan sendiri. Lagipula ianya jimat dan senang dibuat. Booster baja mudah diserap oleh daun yang disembur padanya menyebabkan daun tanaman lebih hijau, lebar dan sihat.
Berikut adalah panduan dan langkah-langkah membuat booster dari roti (bread):
Alatan yang diperlukan:
- 1. Botol mineral 1.5 liter
- 2. Alat penapis (diguna selepas seminggu penjerukkan bahan)
- 3. Botol mineral 1.5 liter yang baru atau bekas yang sesuai.
- 4. Bekas spary atau alat penyembur.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1. 1 keping roti masimo (atau apa-apa jenama).
- 2. 200 gram gula perang/gula merah/mollusa.
- 3. Tiga sudu besar susu segar (optional).
- 4. Air tanpa-klorin 1.4 liter
Cara penyediaannya booster roti:
- 1. Sediakan air bersih tanpa klorin, guna air hujan atau air kolam. Namun jika menggunakan air paip berklorin, pastikan direhatkan air tersebut dalam baldi selama dua hari pada cahaya matahari atau ditempat terbuka barulah digunakan.
- 2. Carik-carikkan roti pada cebisan kecil dan dimasukkan ke dalam botol yang disediakan.
- 3. Tuang susu segar ke dalam botol.
- 4. Masukkan gula perang ke dalamnya sehingga selesai.
- 5. Seterusnya tambah jumlah air ke dalam botol tetapi jangan terlalu penuh. Tinggalkan ruang kira-kira 2 inci untuk ruang udara dan gas.
- 5. Tutup botol dan goncang botol tersebut seketika dan simpan di tempat selamat untuk penjerukan selama 7 hari.
- 6. Setiap 2 atau 3 hari diminta untuk membuka penutupnya agar gas dapat dibebaskan. Apabila gas terkumpul dengan banyaknya di dalam botol menyebabkan berlaku letupan dan juga mengalami masalah pada masa membuka tutup botol pada hari ke-7.
- 7. Anda boleh mengelak masalah ini dengan menebuk penutup botol ditengahnya untuk membebaskan gas yang dihasilkan.
- 8. Selepas 7 hari, booster roti anda sudah selesai. Tapis booster roti anda untuk mengasingkan sisa roti yang tidak hancur dan simpan booster roti anda dalam bekas yang lain. Dengan ini anda sudah boleh menggunakan booster anda untuk tanaman anda.
Cara penggunaannya ada dua cara pertama ialah masukkan 1 tutup botol booster roti dengan 100 ml air, kacau seketika. Cara kedua, tidak perlu tambah air atau apa-apa. Masukkan ke dalam bekas spray atau alat penyembur dan semburlah pada tanaman anda secara merata dan keseluruhan pokok, daun, batang, ranting dan pangkal pokoknya. Boleh disembur pada setiap hari, sekali dalam 2 hari sekali dalam 4 hari atau seminggu sekali. Terpulang pada anda mana masa yang sesuai untuk anda.
Penyemburan harus dilakukan pada waktu pagi atau waktu petang agar dapat mengurangkan masalah sampingan yang mungkin dihadapi pada tanaman anda. Jika hujan berlaku, sembur semula tanaman anda untuk keputusan yang memuaskan.
Resepi asal baja booster roti tidak menggunakan susu segar dan gula perang hanya sekeping roti dan 1.5 liter air tanpa klorin peram 4 hingga 7 hari. Ada yang berpendapat bahawa booster baja roti tidak perlu ditambah lagi dengan air cuma sembur atau siram pada tanaman, tanomkinotuan menambah susu segar dan gula untuk menambah lagi kualiti booster tersebut untuk tanaman di KBR. Cubalah resepi baja booster roti ini, anda akan tahu hasilnya yang amat membanggakan.
Selamat bertani dan menuai hasil.
Loading...